Utama > Sejarah Penubuhan SMIAABM

12-Apr-2019

April 2011 – Maklumat mengenai kekosongan bangunan di Anjung Batu, Melaka dimaklumkan ke pengetahuan ahli Lembaga Pusat Pendidikan Al-Amin Bhd (PPAAB).

29hb. Mei 2011 – Lawatan tidak rasmi ke Anjung Batu oleh seramai 5 orang ahli lembaga PPAA untuk melihat keadaan premis.

13hb. Julai 2011 – Persediaan dan persiapan dimulakan untuk perbincangan dengan pemilik bangunan bagi menunjukkan minat PPAAB terhadap premis.

13hb. September 2011 – Pembentangan kertas kerja cadangan mengenai penubuhan sekolah dibentangkan kepada pemilik bangunan, Tan Sri Wan Azmi di Rohas House, Kuala Lumpur.

12hb. Oktober 2011 – Surat persetujuan dan kebenaran dari Tan Sri diterima. Perancangan yang lebih teliti dilakukan dengan kerjasama institusi di bawah IKRAM.

18hb. Oktober 2011 – Mesyuarat dengan wakil Tan Sri, Hj. Mawardi dilaksanakan bagi memeterai kontrak perjanjian sewa.

10hb. November 2011 – Lawatan rasmi seramai 7 ahli lembaga PPAAB ke premis di Anjung Batu, Melaka dilakukan.

28hb. Disember 2011 – Perancangan yang lebih teliti (Business Plan) dan unjuran tunai (Cash Flow) berkenaan dengan penubuhan dan pengoperasian sekolah berasrama penuh dibentangkan.

5hb. Januari 2012 – Mesyuarat Khas antara PPAAB dan Ikrammal Sdn. Bhd. diadakan dengan mencapai persetujuan 49% : 51% perkongsian saham.

8hb. Januari 2012 – Konsep J-TASK dan FAST dibentuk oleh Jawatankuasa Pembentukan Konsep Sekolah.

j task

26hb. Januari 2012 – Penubuhan Jawatankuasa Operasi bagi melaksanakan penubuhan dan pengoperasian sekolah.

23hb. Februari 2012 – Draf pertama brosur sekolah dikeluarkan.

12hb. Mac 2012 – Brosur untuk promosi Al-Amin Bestari diluluskan untuk cetakan.

14hb. Mac 2012 – Pusat Pendidikan Ikrammal Sdn. Bhd. (PPISB) berjaya ditubuhkan dan didaftarkan untuk mengelola sekolah.

19hb. Mac 2012 – Mesyuarat Lembaga Pengarah PPISB kali pertama dapat diadakan.

Awal April 2012 – Kerja-kerja baik pulih dan renovasi di premis Anjung Batu dimulakan.

22hb. Mei 2012 – Nama Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bestari D’Merlimau dipilih untuk didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

20hb. Jun 2012 – Temuduga pengambilan guru dimulakan.

29hb. Jun 2012 – Surat permohonan sokongan dari Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dihantar.

30hb. Julai 2012 – Promosi pengambilan pelajar secara dalaman dimulakan melalui emel kepada jaringan IKRAM, Majlis Guru Besar (MGBSIM) dan lain-lain.

13hb. Ogos 2012 – MPJ mengeluarkan surat sokongan terhadap penubuhan sekolah.

15hb. Ogos 2012 – Mendapat kebenaran pemilik untuk membuat pengubahsuaian bangunan.

11hb. September 2012 – Jawatankuasa Promosi dibentuk.

29hb. September 2012 – Facebook SMI Al Amin Bestari d’Merlimau diwujudkan.

10hb. Oktober 2012 – Borang permohonan penubuhan SMIAABM ke Bahagian Pendidikan Swasta (BPS), KPM berjaya diserahkan.

1hb. November 2012 – Us. Md. Zubir bin Osman dilantik secara rasmi sebagai Pengetua SMIAABM.

6hb. November 2012 – Pertemuan Mahabbah dengan Jawatankuasa IKRAM Negeri Melaka diadakan bagi membentangkan cadangan penubuhan SMIAABM.

14hb. November 2012 – BPS mengeluarkan surat jemputan untuk pembentangan idea penubuhan SMIAABM.

20hb. November 2012 – Pembentangan mengenai permohonan penubuhan SMIAABM dijayakan oleh Tn. Hj. Shaharom bin Md. Shariff di Bilik Hidayah, BPS, KPM, Putrajaya.

3hb. Disember 2012 – Seramai 8 orang guru telah memulakan tugas secara rasmi di SMIAABM. Kursus Perguruan Asas bermula dan disusuli dengan program ‘Team Building’.

13hb. Disember 2012 – Permohonan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) dikemukakan.

15hb. Disember 2012 – Kemudahan asas dan perabot untuk keperluan 100 orang pelajar dapat dilengkapkan.

bilik 

21hb. Disember 2012 – Konsep logo SMIAABM diluluskan.

5hb. Januari 2013 – Gotong royong perdana dijalankan dengan kerjasama IKRAM Negeri Melaka.

13hb. Januari 2013 – Hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 yang pertama. Seramai 25 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan mendaftarkan diri. Majlis perasmian pembukaan disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Adam bin Mohd. Said, Pengerusi Lembaga Pengarah PPISB.

14hb. Januari 2013 – Hari pertama persekolahan SMIAABM.

21hb. Januari 2013 – Surat kelulusan penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) SMIAABM dikeluarkan oleh BPS.

16hb. Mei 2013 - Serahan dokumen lengkap untuk pendaftaran sekolah dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri Melaka termasuk permohonan permit ahli lembaga, pekerja dan guru-guru.

17hb. Mei 2013 - Sijil Perakuan Pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta - SMIAABM dikeluarkan oleh JPN termasuk semua permit ahli lembaga, pekerja dan guru-guru.